Kehidupan peribadi Awie

Perkahwinan pertama Awie adalah dengan Arni Nazira Anuar, juga seorang penyanyi pada 10 Disember 1998 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha (lahir pada 2000) dan Putri Aleefa Antasha (lahir pada 2002). Tetapi pada September 2006, Arni telah membuat tuntutan cerai selepas terbongkarnya perkahwinan kedua Awie yang dilangsungkan secara rahsia di Thailand. Isteri kedua Awie ialah Rozana Misbun, adik kepada pelakon Haliza Misbun. Pada 16 Oktober 2006, Awie dan Arni sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan Pahang di hadapan Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali.[perlu rujukan]

Bersama Rozana pula, Awie telah dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah (lahir 2007), Putra Ahmad Rezzki (2008) dan Putri Qasseh Antasha (lahir pada 19 April 2010). Pada 1 November 2014, talak antara penyanyi Awie dan Rozana Misbun gugur selepas Rozana berjaya mendapatkan tuntutan fasak secara taklik daripada Pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla Thailand. [3]

Pada 7 Oktober 2016, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin.[4]